MENCARI ERTI 50 TAHUN
sudah hilang kesengsaraan,
sudah pergi kedaifan,
sudah lenyap penjajah di tanah melayu,
union jack jatuh ke dasar 31 OGOS 1957,
jalur gemilang mendaki ke puncak,
tanah melayu tidak lagi dijajah mahupun fikiran,
ekonomi dan politik digegami,
terang bulan digubah menjadi NEGARAKU,
membangkitkan semangat patriotik dan cinta,
kepercayaan kepada tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan,
kesopanan dan kesusilaan,
sudah 50 tahun merdeka,
pelbagai portfolio dibentuk,
pelbagai kemodenan dilihat,
wawasan 2020 diburu,
tetapi..
adakah kita sebagai rakyat,
menghayati erti kemerdekaan sejati,
yang masih tercari-cari di sudut hati,
semua terletak pada diri sendiri..
0 comments:
Post a Comment