BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

AKU..

aku masih disitu..
menanti kasih dicelah meranti..
menunggu bintang jatuh ke tanah..
lelah di perhentian ini..

aku masih disitu..
mencari dedaun kering yang memberi kegembiraan..
terkapai-kapai di atas batu..
kapan lagi aku begini..

ingin ku luah tak siapa mencapai..
dilepaskan patah kayu yang uzur..
sesungguhnya..
kelemahan aku dalam segalanya..

untuk apa lagi nafas ini..
tersembunyi hingga rintihan terakhir..
mampu aku bertahan atau menyerah..

sekali aku gagal..
sekali keguguran dedaun..
sehinggalah naluri aku berkata..

AKU tetap AKU..

MENCARI ERTI 50 TAHUN

sudah hilang kesengsaraan,
sudah pergi kedaifan,
sudah lenyap penjajah di tanah melayu,
union jack jatuh ke dasar 31 OGOS 1957,
jalur gemilang mendaki ke puncak,

tanah melayu tidak lagi dijajah mahupun fikiran,
ekonomi dan politik digegami,
terang bulan digubah menjadi NEGARAKU,
membangkitkan semangat patriotik dan cinta,

kepercayaan kepada tuhan,
kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan,
kesopanan dan kesusilaan,

sudah 50 tahun merdeka,
pelbagai portfolio dibentuk,
pelbagai kemodenan dilihat,
wawasan 2020 diburu,

tetapi..
adakah kita sebagai rakyat,
menghayati erti kemerdekaan sejati,
yang masih tercari-cari di sudut hati,
semua terletak pada diri sendiri..

Lama-Lama

KEMATIANMU

indah hidup ini tanpa keraguan,
kalah dan menang soal ke-5,
gembira melihat kau ingin pulang,
bahagia menunggu kepulanganmu,

hari demi hari,
tahun berganti tahun,
kehampaan semakin menusuk dalam diri,
ku masih menunggu,

dulu kau pernah mengucap,
biar apa pun yang terjadi aku tetap di sisimu,
janji yang masih ku pegang,
takkan aku lepaskan,

sekiranya masih ada sinar,
biar bermandi darah,
biar dibutakan mata,
aku takkan berputus asa kerna kau..

kini..
tidak lagi aku lihat air matamu,
senyum tawamu,
merduan lagumu,

hanya yang tinggal...
kenangan yang menyakitkan hati..

kau telah pergi buat selamanya..

H&NZ..